dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Membina Mentaliti Juara: Menghadapi Kemenangan & Kekalahan

11 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2026, tiga orang peserta telah menyertai kelas kesedaran eSukan yang membincangkan topik “Membina Mentaliti Juara: Menghadapi Kemenangan & Kekalahan” yang memberi fokus kepada pembentukan daya tahan mental, semangat kesukanan serta sikap profesional dalam menghadapi setiap keputusan pertandingan.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan teknik mengurus emosi ketika menang atau kalah, membina keyakinan diri, menerima kekalahan sebagai peluang untuk belajar serta mengekalkan motivasi bagi terus meningkatkan prestasi. Penceramah turut menekankan kepentingan disiplin, komunikasi yang baik dan sikap saling menghormati dalam membentuk pemain eSukan yang berintegriti.

Melalui kelas kesedaran ini, peserta memperoleh pemahaman bahawa kejayaan dalam eSukan bukan sahaja bergantung kepada kemahiran bermain, malah turut memerlukan kekuatan mental dan sikap yang positif. Program ini diharapkan dapat melahirkan pemain eSukan yang berdaya saing, berdisiplin serta mampu menghadapi kemenangan dan kekalahan dengan penuh profesionalisme.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.